Blogmalaysia.com

BlogMalaysia.com

Saturday, August 13, 2011

UTHM-FKMP-1 Menduduki Tempat Ke-4 Dalam Bosch Power Tools Asia Cordless Race 2011

Pasukan UTHM-FKMP-1 yang dibarisi oleh pelajar tahun 3 (Mohd Tumari bin Kadry, Mohd Fitri bin Mohd Jamil, Mohd Zulizzy bin Abd Rahim, Niwat A/L Froom dan Nurasyikin binti Tomi telah mempamerkan aksi yang cemerlang di pertandingan Bosch Power Tools Asia Cordless race 2011.


Pasukan ini telah menduduki tempat ke 4 daripada 12 pasukan yang bertanding selepas kecundang di peringkat separuh akhir kepada pasukan Quad Drive (UCSI University). Di peringkat separuh akhir, kereta yang dipandu oleh Tumari telah mengalami masalah teknikal dimana syaf tayar hadapan kereta telah patah dan tidak berjaya menamatkan perlumbaan meskipun berjaya mendahului kereta dari pasukan Quad Drive.

Bagi Dr. Erween bin Abd Rahim selaku Pengurus Pasukan, beliau cukup berpuas hati dengan pencapaian ini meskipun pasukan UTHM-FKMP-1 tidak berjaya mewakili Malaysia ke Pertandingan akhir di China. Walaupun tidak berjaya menjejaki podium, faktor kejayaan sehingga berjaya ke peringkat separuh akhir adalah hasil usaha keras kumpulan pelajar-pelajar dan staf-staf FKMP yang terlibat dalam menghasilkan jentera terbaik. Pelumbaan ini telah dimenangi oleh Pasukan Raging Bull (UTAR), naib juara adalah Pasukan Quad Drive (UCSI University), manakala tempat ke 3 jatuh kepada Pasukan Bunja Racing Team (The Otomotif College).

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

No comments: