Blogmalaysia.com

BlogMalaysia.com

Saturday, August 13, 2011

Pelajar Kejuruteraan & Teknologi Maklumat KLMU menang anugerah Animax

Kebanyakan pelajar institusi lain berpuas hati apabila menang anugerah atau berjaya
menghasilkan produk dalam projek akademik mereka untuk lulus peperiksaan. Tetapi pelajar
Kuala Metropolitan University College (KLMU) melangkah lebih jauh lagi.
Produk yang dihasilkan oleh pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat di KLMU
bukan sahaja memenangi anugerah malah bersedia untuk dipromosi di pasaran antarabangsa.
Salah satu produk demikian ialah E-Quran, perisian komputer yang boleh membantu
pengguna belajar membaca Quran. Perisian ini memilik ciri-ciri yang tidak terdapat dalam
perisian lain di pasaran sekarang. Ia dihasilkan oleh Khalil Rahman Ameer Khan, pelajar semester
ke-6, Diploma IT (Rangkaian & Penyelenggaran Komputer), Nur Faiza Mohamad Omar dan
Muhammad Alif Mohamed Radzi, kedua-duanya pelajar semester ke-5, Diploma IT (Kejuruteraan
Perisian). Perisian canggih itu dihasilkan dengan bimbingan Timbalan Dekan Sekolah
Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat KLMU Nassif Ghassan Al Bouaini dan pensyarah Irwan
Nayan.
Produk tersebut baru-baru ini telah memenangi anugerah di Pertandingan Animax 2009
anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Universiti Industri Selangor.
Apabila ditanya oleh wartawan, ketiga-tiga pelajar itu berkata mereka berhasrat untuk
menyambung pelajaran di tahap ijazah sarjana muda juga di KLMU. Fakulti Kejuruteraan dan
Teknologi Maklumat di KLMU menawarkan tiga program ijazah, iaitu Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Teknologi Maklumat, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Teknologi
Telekomunikasi dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektrikal dan
Elektronik.
Menurut Nassif pula, pelajar di Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat KLMU dididik
untuk menghasilkan produk yang berpermintaan tinggi serta berciri unik. Untuk mencapai
hasrat ini, pelajar dibimbing untuk melakukan penyelidikan pasaran dan dibekalkan dengan ilmu
teknikal terkini. Beliau berkata pelajar di fakulti ini sentiasa didedahkan kepada aspek praktikal
agar mereka bergraduan dengan berorientasikan kerjaya atau keusahawanan dan bukan
akademik semata-mata

No comments: