Blogmalaysia.com

BlogMalaysia.com

Saturday, August 13, 2011

UMP Jalin Kerjasama dengan TM


DR. Daing Mohd. Nasir Daing Ibrahim (kiri) bertukar dokumen dengan Kairul Annuar Mohamed Zamzam pada Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Metro.E dan TM Wifi di Gambang, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 15 Feb. - Seramai 8,000 pelajar termasuk kakitangan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini menikmati kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang lebih efektif ekoran pelaksanaan projek menaik taraf rangkaian kampus berkenaan dengan penyambungan Metro-Ethernet (Metro.E) dan teknologi Internet tanpa wayar (Wifi).
Ia dilakukan dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) sekali gus menjadikan UMP sebagai universiti pertama dengan jumlah pengguna terbesar yang memegang status 'kampus digital' di pantai timur.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Daing Mohd. Nasir Daing Ibrahim berkata, kemudahan tersebut dapat menghubungkan dua kampus UMP di Pekan dan Gambang di sini selain pelajar berpeluang mengakses Internet dengan lebih pantas di kampus.
"Dengan perkhidmatan itu, dua kampus UMP dapat beroperasi seperti satu kampus walaupun jarak kampus Induk dengan tempat ini kira-kira 60 kilometer, malah pelajar, pensyarah dan penyelidik dapat mengakses aplikasi atas talian, sumber penyelidikan serta berhubung antara rakan kakitangan dengan hanya satu talian.
"Selain itu, sistem Wifi pula menjadi satu alternatif terbaik kepada pelajar mengakses Internet selain kemudahan rangkaian berwayar yang disediakan di bilik asrama mereka," katanya kepada pemberita selepas Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Metro.E dan TM Wifi antara UMP dan TM di Gambang, di sini baru-baru ini.
Perjanjian tersebut ditandatangani Naib Canselor UMP dan Naib Presiden Eksekutif TM Kerajaan, Datuk Kairul Annuar Mohamed Zamzam.
Daing berkata, perkhidmatan Wifi buat masa ini hanya disediakan di kampus Gambang di sini, namun kerjasama antara UMP dan TM akan dikembangkan bagi menambah nilai perkhidmatan ICT.
Sementara itu, Kairul Anuar berkata, penggunaan Metro.E yang menghubungkan dua kampus UMP telah diuji sejak 2009 dan ia mula dilaksanakan sepenuhnya pada tahun lalu serentak dengan perkhidmatan Wifi.
"Metro.E adalah sebuah rangkaian perhubungan gentian yang berkelajuan tinggi dengan kapasiti 40 megabait persaat (Mbps) serta menawarkan jaminan teknologi termaju tanpa sempadan manakala perkhidmatan Wifi pula adalah untuk tempoh lima tahun," katanya.
Dalam majlis berkenaan, Kairul Anuar turut menyampaikan sumbangan RM10,000 untuk tabung kebajikan 1Malaysia UMP bertujuan membantu pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan

No comments: