Blogmalaysia.com

BlogMalaysia.com

Saturday, August 13, 2011

USIM, TV ALHIJRAH TINGKAT IMEJ ISLAM

Kuala Lumpur, 28 April 2011 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalin kerjasama pintar dengan stesen televisyen Islam pertama negara, TV AlHijrah bagi meningkat kan kembali imej Islam di mata dunia.

Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda berkata hasrat itu mampu dicapai hasil usaha bersama dalam melahirkan bakat serta modal insan melalui saluran media.

“Usaha ini tanggungjawab bersama mendidik masyarakat menilai Islam secara positif.

“USIM akan memberi sumbangan berbentuk kajian bagi mengenal pasti kehendak masyarakat supaya mereka menerima maklumat tepat,” katanya.

Beliau berkata, televisyen adalah medium paling berkesan mendekati serta mempengaruhi masyarakat.

“Kerjasama erat ini juga diharap mampu meningkatkan kemampuan umat Islam menghasilkan produk terbaik dan bermutu.

“Pensyarah serta pelajar USIM juga dapat menimba pendedahan dalam dunia penyiaran kerana TV AlHijrah memiliki prasarana canggih,” katanya dalam sidang media selepas menandatangani perjanjian persefahaman berkenaan di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi TV AlHijrah yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda.

Sementara itu, Bukhari berkata TV AlHijrah memberi peluang kepada Usim menggunakan kepakaran mereka untuk menjalankan kajian terhadap tabiat, minat serta cita rasa penonton dengan lebih meluas.

1 comment:

tejaswini said...

I was taking a gander at some of your posts on this site and I consider this site is truly informational! Keep setting up..
data science certification malaysia
360DigiTMG