Blogmalaysia.com

BlogMalaysia.com

Saturday, August 13, 2011

Bengkel Microsoft Word 2007


KUALA TERENGGANU – Bahagian Pembangunan Sumber, Seksyen Latihan Jangka Pendek & Induksi, Jabatan Pendaftar, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah menganjurkan Bengkel Microsoft Office (Word 2007) pada 24- 25 Februari 2009.
Bengkel yang diadakan di Makmal Komputer UDM, Kampus Kota telah dikendalikan oleh Ketua Unit Produksi Multimedia, Puan Norkhairani Binti Abdul Rawi.
Seramai 24 peserta terdiri dari kakitangan berjawatan Pembantu Tadbir (P/O) telah mengikuti bengkel tersebut.
Antara pengisian bengkel tersebut, para peserta telah didedahkan dengan langkah-langkah penggunaan Microsoft Word 2007 seperti menghasilkan dokumen termasuk surat, laporan, kertas cadangan, memo dan buku panduan.
Menurut Puan Norkhairani, Word 2007 dapat membantu peserta dalam menghasilkan dokumen yang lebih kemas, teratur, menarik dan juga mampu melicinkan lagi kerja-kerja pejabat.

No comments: